Sunday, 16 September 2012



♥ Kekasih KEKAL ABADI ♥ Allah s.w.t

♥ Kekasih SEJATI ♥ Nabi Muhammad s.a.w

♥ Kekasih HATI ♥ Ibu & Ayah

♥ Kekasih TERCARI-CARI ♥ Seorang Suami @ Isteri

♥ Kekasih DINANTI-NANTI ♥ Syurga

♥ Kekasih PERLU DIHAYATI ♥ Al-Quran. .

♥ Kekasih PERLU DIIKUTI ♥ Sunnah Rasulullah(SAW)

Thursday, 30 August 2012

pasangan:)

 
~ Pesanan Buat Kaum Lelaki ~ Renungkanlah

~♥ Perempuan dinikahi kerana empat perkara, iaitu
HARTAnya, KEDUDUKANnya, KECANTIKANnya dan AGAMAnya.
Oleh itu, pilihlah wanita yang beragama nescaya kamu akan mendapat untung. ♥~

Jika tiada AGAMA dlm dirinya, diri KAMU juga akan mendapat dosa di akhirat nanti..Carilah bakal ISTERI yg cantik & berperibadian mulia di mata ALLAH..:')

ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN

ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .:')
 

Sunday, 26 August 2012

bersyukur DgN jODoH

MENERIMA seseorang atas KURNIAAN-NYA adalah LEBIH BAIK . Mengenal ERTI RASA SYUKUR atas kurniaan ALLAH .

p/s : KELEBIHANNYA jadikan sebagai TANDA SYUKUR, KEKURANGANNYA TIDAK PERLU jadikannya sebagai KAYU UKUR untuk melihat sesuatu yang SEMPURNA. ALLAH Maha Adil. Tidak ALLAH letakkan mereka yang TIDAK CANTIK sesama TIDAK KACAK. PERCAYALAH~! Apa yang ALLAH CIPTA, ada SEBAB. Jadi, USAH DITANYA BEGITU dan BEGINI. Sebaliknya, TERIMALAH dia seadanya ♥
 

cINta&CintAilah

"Aku tak sesuai untuk dicintai oleh mu, aku wanita tidak cantik!!".

Aku tersenyum lalu berkata kepada si dia: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana ALLAH..''

p/s: tahu tak kamu kaum HAWA, TIDAK semua lelaki mementingkan kecantikkan wajah untuk MENJADIKAN seseorang itu PASANGAN HIDUP. :)
 

Thursday, 23 August 2012

kahwin MUDA;)

LELAKI : "Berapa NILAI HANTARAN yang Pak Cik nak saya BAYAR?"

BAKAL MERTUA : "Satu sen pun Pak Cik tak nak, cuma TOLONG PIMPIN DIA KE SYURGA jer..."

p/s : JANGAN BIARKAN bakal menantu SIBUK MENCARI DUIT, tapi biarkan dia SIBUK MENCARI IMAN..♥♥

#kahwin muda itu indah.. :)
 
REBUTLAH CINTA ILAHI trlebih dahulu, sebelum MENAGIH CINTA MANUSIA. insyaALLAH, BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT ♥

Bersyukur


Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?

p/s : Cabaran dan halangan itu dari ALLAH yang menjadikan kamu untuk tinggi, mulia di sisi-Nya.